Penerima Anugerah Insan Prihatin 2017

Anugerah Insan Prihatin 2017

? Pada 6 Mei yang lalu, Geli Geli Kucing dengan kerjasama Mydin Parit Buntar telah mengadakan ‘PROGRAM SEHARI BERSAMA SI MEOW’.  Antara program menarik yang telah diadakan adalah Anugerah Insan Prihatin.  Anugerah ini diberikan kepada individu yang sangat berjasa kepada kucing dan giat menyelamatkan kucing-kucing jalanan.  Anugerah ini diadakan bagi menghargai jasa insan tersebut yang sanggup bersusah payah berkorban masa dan wang ringgit untuk menyelamatkan kucing-kucing terbiar di jalanan, seterusnya merawat sehingga pulih dan menjaga dengan penuh kasih sayang kucing-kucing terbiar ini. ?

Individu yang terpilih untuk menerima Anugerah Insan Prihatin tersebut adalah Encik Mohd Shahirwan Abu Bakar.  Beliau berumur 34 tahun dan berasal dari Parit Buntar Perak. Beliau mempunyai 10 ekor kucing di rumahnya yang mana 8 ekor merupakan kucing jalanan atau stray cats ?? Encik Mohd Shahirwan telah bergiat aktif dalam menjalankan kegiatan amal terhadap kucing jalanan ini selama 4 tahun.

Antara aktiviti yang beliau jalankan adalah:

  1. Mengadakan projek ‘Saya Sayang Kucing’ ???
  • Projek ini merupakan hasil usaha bersama Encik Mohd Shahirwan dan kumpulannya untuk pergi ke pasar-pasar yang terpilih dan memberi kucing-kucing terbiar di sana makan.
  •  Ada juga yang membawa pulang kucing terbiar yang sakit, seterusnya merawat dan mencari tuan baru untuk kucing tersebut.
  1. Kempen 1 Balang 1 Kereta ???
  • Di mana digalakkan untuk setiap kereta meletakkan 1 balang makanan kucing di dalamnya. Apabila terjumpa sahaja kucing jalanan, mereka terus dapat diberi makanan. Ini merupakan cara terbaik untuk masyarakat Malaysia berjasa kepada kucing dalam usaha mendapatkan pahala ?

? TAHNIAH ENCIK MOHD SHAHIRWAN ! ?

? TERIMA KASIH ? atas jasa baik anda dalam membantu dan menyelamatkan kucing jalanan !

Anda semua boleh juga like Facebook beliau di www.facebook.com/sayangkucing untuk turut terlibat dengan aktiviti amal yang dijalankan. Segala aktiviti yang dijalankan adalah sekitar Parit Buntar.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top