- BERMINAT NAK BELA KUCING? TAPI TAKDE PENGALAMAN?
- TOLONG JAGAKAN KUCING KAWAN??
- TAK TAHU NAK SEDIAKAN PERALATAN APA UNTUK KUCING SELESA?
MARI TENGOK APAKAH PERLENGKAPAN YANG ANDA PERLU ADA SEBELUM MEMBAWA PULANG KUCING KE RUMAH!
Sebelum membawa pulang kucing ke rumah, adalah penting untuk anda membuat segala penyediaan untuk menjaganya. Kucing tidak memerlukan kos jagaan yang tinggi tetapi beberapa peralatan adalah diperlukan untuk anda menjaga kucing dengan lebih mudah.
- BERUS
Berus penting untuk kucing berbulu panjang dan tebal. Beli berus yang mempunyai kualiti yang tinggi.
- SIKAT
Sikat bergigi besi sangat berguna untuk proses grooming kucing yang berbulu pendek. Sikat bergigi luas adalah lebih baik untuk kucing berbulu panjang/lebat.
- BEKAS MAKANAN
Setiap kucing sepatutnya mempunyai bekas makanannya yang tersendiri dan pastikan bekas makanan sentiasa bersih.
- BEKAS PASIR DAN PENYEDOK PASIR
Anak kucing atau kucing dewasa yang tidak dibenarkan keluar dari rumah memerlukan bekas pasir dan penyedok pasir di dalam rumah. Bekas pasir itu perlu dibersihkan pada setiap hari. Penyedok pasir memudahkan kerja-kerja mengasingkan najisnya dari pasir yang masih bersih.
- BAKUL KUCING
Bakul tempat kucing tidur perlu selesa, dan mudah untuk dibersihkan.
- CARRIER/SANGKAR
Terdapat banyak jenis carrier/sangkar kucing yang boleh anda pilih. Carrier kucing adalah lebih kecil berbanding sangkar dan boleh dibawa masuk ke dalam kereta.
- BEKAS MINUMAN
Pastikan bekas minuman sentiasa diisi dengan air yang bersih.
- KATIL KUCING
Terdapat banyak jenis katil kucing yang boleh anda pilih seperti bean beg dan hammocks.