Proses Kelahiran Anak Kucing

Info Kelahiran Kucing

*Semasa minggu terakhir kandungan, kucing anda harus diperhatikan dengan lebih kerap.

*Pastikan ia membiasakan diri dengan tempat kelahiran yang disediakan seperti kotak atau bekas khas yang diletakkan kain atau surat khabar

*Tanda-tanda kelahiran boleh dilihat pada ibu kucing seperti kurang selera makan atau muntah sebelum proses kelahiran bermula.

*Kebanyakan anak kucing dilahirkan pada waktu malam.

Proses Melahirkan

1. Ibu kucing akan mula bernafas secara laju atau mengeluarkan bunyi purr. Lendir mulai keluar daripada pangkal vagina si ibu kucing. Peringkat pertama ini akan berlaku selama lebih kurang 6 jam tetapi selalunya akan kurang dari itu.

2. Peringkat kedua kelahiran bermula apabila si ibu kucing mula merebahkan badannya. Perhatikan tingkah laku ibu kucing apabila ia sudah mula meneran. Jika anak kucing tidak dilahirkan di antara 30 minit, hubungi doktor haiwan untuk membantu.

3. Untuk kelahiran ideal, anak kucing akan dilindungi dengan membrane seperti gelembung yang akan kelihatan di antara 15-30 minit kemudian. Kebanyakan anak kucing akan dilahirkan bahagian kepala dahulu akan tetapi ada juga yang dilahirkan bahagian kaki belakang dahulu.

4. Sebaik sahaja anak kucing dilahirkan, si ibu kucing akan mula untuk menjilat membrane yang melindungi anak kucing itu untuk melancarkan pernafasan anak kucing tersebut. Peringkat ketiga kelahiran adalah untuk mengelakkan si ibu daripada memakan anaknya.

5. Selalunya ibu kucing secara nalurinya tahu apa perlu dilakukan kepada anaknya. Ibu kucing akan menggigit tali pusat anaknya dengan menggunakan gigi.

6. Biarkan ibu kucing menjilat anaknya serta merta. Ibu kucing akan mengambil masa berehat selepas kelahiran anak yang pertama dan kedua sebelum meneruskan meneran untuk kelahiran seterusnya.

7. Anak kucing yang baru lahir mungkin memerlukan sedikit pertolongan untuk mencari puting susu. Pastikan anak kucing diletakkan berhampiran abdomen ibunya dan dorong mereka untuk mengisap susu secepat mungkin.

8. Purata kelahiran anak kucing bagi seekor ibu adalah di antara 2-6 ekor anak kucing. Jika si ibu menunjukkan tanda-tanda keletihan, pulihkan ia dengan memberi susu atau air, atau apa sahaja yang disukainya.

9. Apabila proses kelahiran selesai, tinggalkan ibu dan anak kucing bersendirian untuk berehat. Pastikan segala kelengkapan seperti kotak pasir, ,makanan dan minuman disediakan berdekatan tempat kelahiran bagi mengelakkan si ibu meninggalkan anak-anaknya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *