Punca Kucing Kencing Merata

  • Kucing kencing merata?
  • Kucing jantan pancut di dalam rumah?

Kenapa?

Untuk pengetahuan anda, kucing adalah haiwan peliharaan yang mengutamakan kebersihan.

Jika terdapat sebarang kotoran pada bahagian tubuhnya, pasti ia akan membersihkan bahagian tersebut dengan menjilat berulangkali.

Selain itu, kekotoran kotak najis atau tempat pasirnya turut menyebabkan kucing berasa geli dan mula mencari ‘port baru’ yang lebih bersih. Oleh itu, dinding rumah anda lah yang menjadi mangsanya. Maka, kebersihan kotak najis sangatlah penting dan perlu kerap dibersihkan. Jika tidak, pemilik kucing akan berhadapan dengan masalah apabila mereka mula mencari penjuru rumah, longgokan kain yang baru sebagai tempat buang najis.

Ramai yang menyangka bahawa si bulus seharusnya lebih bersifat tenang, santai dan manja. Malah mereka bijak untuk menggunakan tempat membuang najis. Tapi, tak semua begitu. Awas! Kalau ada kucng jantan, anda perlu ambil perhatian. Sampai waktunya dia mungkin akan memancut sesuka hati.

Punca Kucing Pancut/Kencing Merata.

Kebiasaannya, ia sering dilakukan oleh kucing jantan dewasa di sudut penjuru, sambil menegakkan ekor dan menghalakan bahagian punggung untuk memancutkan sejumlah kecil air kencingnya ke permukaan atau kawasan menegak seperti perabot, pintu dan dinding. Semburan ini adalah normal bagi kucing dewasa bagi menandakan kawasannya dan memberi ‘amaran’ kepada kucing jantan lain dan bukannya berpunca dari kotak najisnya yang kotor.

Kenapa Kucing Memancut???

  1. Bersedia untuk mengawan.

Perlakuan memancut atau merembeskan sedikit air kencing adalah untuk meninggalkan bauan di kawasan tersebut untuk menarik perhatian si betina untuk mengawan.

  1. Cara komunikasi

Memancut sebagai tanda kucing jantan berkomunikasi dengan kucing jantan lain bagi memberitahu itu adalah kawasannya.

Cara Mengatasi Masalah Kucing Pancut Merata

Bagi mengawal perlakuan seperti ini, kaedah PEMANDULAN perlu dilakukan sebelum kucing mencapai umur matang. Memandulkan atau kembiri merupakan jalan penyelesaian terbaik bagi menghalang perbuatan spraying ini. Mengembiri kucing jantan seawal usia 6 bulan (berat mestilah melebihi 1.5kg) bukan sahaja dapat mengelak perbuatan kucing jantan memancut pada saat dia matang, tetapi juga menjanjikan kesihatan kucing akan bertambah baik dan sihat.

Untuk pengetahuan anda, GELI GELI KUCING  turut menyediakan servis membawa kucing anda ke klinik untuk dimandulkan. Anda boleh hubungi kami untuk booking atau jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai pemandulan kucing 🙂

TAIPING => 05-8050302

IPOH => 013-5201060

atau di Facebook kami: GELI GELI KUCING.

2 thoughts on “Punca Kucing Kencing Merata”

  1. kucing saya dah dimandulkan dah lama juga.. tapi dia tetap kencing merata-rata spt atas kabinet, dan paling geli dia spray di pinggan mangkuk yang ada atas kabinet dan meja.. stress saya dibuatnya. Ada cadangan mengatasi?

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top