RAHSIA MISAI SI COMEL

Misai kucing merupakan deria ke-6 mereka. Ianya sangat sensitif sampaikan kalau ia digerakkan, ia mampu menghantar isyarat kepada otak kucing Misai kucing hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia tau!

Dari segi anatomi, misai kucing dipanggil ‘Tactile Vibrissae’ atau ‘vibrissa’ (berus sentuh).

FUNGSI MISAI KUCING 

Misai kucing bertindak sebagai sensor kepada sentuhan. Ia digunakan untuk mengukur jarak dan memberi amaran terhadap halangan yang tak dapat dilihat oleh mata kasar kucing

Kerosakkan atau kehilangan misai kucing akan menyebabkan kucing tersalah tafsir atau mula meraba raba terutamanya dalam keadaan gelap *Teringat pulak perbuatan kejam manusia yang gunting misai kucing yang hendak dibuang hmm.

Secara fizikal, bilangan misai kucing adalah 24 helai. Dan terbahagi kepada 12 untuk atas serta 12 lagi dibahagian bawah

? KENAPA MISAI KUCING GUGUR

Keguguran misai boleh terjadi secara semulajadi, sama seperti bulu kucing yang gugur. Pembentukan misai adalah sama dengan bulunya.

Namun begitu, jika terlalu banyak keguguran pada misai kucing, kemungkinan kucing itu sedang sakit

Jadi ingat ye MeowRangers semua . . . Jangan potong atau trim misai kucing anda! Kesian mereka nanti

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top