Sedap betul bila dapat uli pipi si bulus yang gebu dan montel ni kan? Macam terlebih yis! Geram betul rasa nak kunyah-kunyah je! Kadang-kadang tertanya pula, “Apalah rahsia pipi yang gebu dan montel ni?”
Sebenarnya, memang ada penjelasannya… Inilah yang dinamakan “tomcat cheeks”. Ia sering dilihat pada kucing jantan yang belum dimandulkan dan lebih ketara bagi kucing yang mempunyai bentuk muka bulat seperti kucing dari baka British Short Hair.
APA PENYEBAB PIPI KUCING MENJADI GEBU?
Senang cerita: testosterone. Ya, testosterone! Kucing jantan dengan hormon testosterone yang tinggi akan lebih aktif merayau dan bergaduh. Keadaan ini akan menyebabkan kulit pipi mereka menebal, terutama sekali apabila tisu-tisu di bahagian muka tercedera. Jadi pipi gebu si Manja tu bukanlah lemak semata-mata tau!
Alternatively, pipi kucing jantan yang gebu ini juga dapat memberikan perlindungan kepada muka, mata dan leher mereka ketika bergaduh dengan kucing jantan lain.
AWASI BEZA PIPI GEBU VS. PIPI BENGKAK!
Kucing dengan pipi yang gemuk dan gebu memang comel. Tapi pipi yang bengkak dengan abnormal berkemungkinan besar menandakan bahawa kucing anda perlukan rawatan segera! Jadi, catparents kena sentiasa alert dengan kondisi dan perubahan fizikal mahupun emosi si Manja.
Antara penyebab lain pipi kucing membengkak:-
👩🏻⚕️ Abses: Abses boleh terjadi dari infeksi gigi yang mereput dan luka dari gigitan kucing lain. Tanda-tanda abses termasuk bengkak, demam, dan kemerahan.
👩🏻⚕️ Masalah Dental: Gingivitis dan penyakit periodontal, boleh menyebabkan bengkak, gigi meradang, kesukaran makan, nafas berbau dan air liur meleleh.
👩🏻⚕️ Gigitan Serangga: Kucing kadangkala boleh mengalami reaksi alahan terhadap sengatan dan gigitan serangga, termasuk bengkak di kawasan yang disengat.
👩🏻⚕️ Tumor: Kanser rongga mulut (oral cavity) pada kucing boleh menyebabkan tumor. Gejala termasuk bengkak muka, terliur, nafas berbau, kesukaran menelan, gusi merah dan bengkak, serta penurunan berat badan.
Semua kondisi ini boleh menjadi sangat menyakitkan pada si manja anda. Jadi, kalau anda perasan pipi si Manja ‘menggebu’ dengan abnormal, segera hubungi veterinar berdekatan untuk diagnosis segera.