Tips Redakan Marah Kucing

kucing-marah

Mesti ramai pernah berdepan dgn kucing yg moody atau tetiba naik hangennn.. kan.. kan.. okay, jom kita share tips macamana nak tenangkan kucing yang tetiba hangen satu badan..

1) Mula-mula kena pastikan kucing anda berada dalam kawasan selamat seperti jauh dari kawasan yang boleh membahayakan atau tempat tinggi.

2) Bercakap-cakaplah dengan kucing anda seperti anda sedang memujuk anak kecil.. Cth: “it’s ok comel, it’s ok..mama ada ni..shh..shhh”

3) Pastikan kedudukan kita tidak terlalu tinggi iaitu separas dengan kucing tersebut jadi kita tidak akan kelihatan seperti giant bagi mereka atau menakutkan mereka.

4) Duduk berhampiran mereka dan tunggu sehingga mereka mempercayai kita dan kita boleh mendekati mereka perlahan-lahan. Biarkan mereka berasa selamat dan menyedari kehadiran kita bukan untuk mengancam mereka.

5) Usap perlahan-lahan di bahagian muka mereka, di atas batang hidung mereka, di antara mata.

6) Berikan makanan kepada mereka jika mereka masih keras kepala sebagai upah/umpan. Seelok-eloknya makanan basah berasaskan ikan atau ikan rebus yang mempunyai bau yang kuat seperti ikan tuna.

7) Biarkan mereka pergi ke tempat lebih tinggi tetapi selamat supaya mereka berasa lebih selamat dan dapat menenangkan perasaan mereka.

8) Cakap dalam nada yang rendah dan perlahan-lahan

9) Menyanyi. Nyanyian akan menjadikan mereka lebih relax daripada mendengan percakapan kita tetapi pastikan lagu yang dinyanyikan tidak bingit atau berentak perlahan sahaja.

 

SELAMAT MENCUBA!!!!!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top