Rodent Ulcer pada kucing? Apa itu Rodent Ulcer? Boleh membawa maut ke?
Rodent ulcer pada kucing ni sama ke macam ulcer lain?
Kebelakangan ni banyak sangat dapat mesej dari meowrangers yang bertanyakan tentang masalah kucing terkena ulser. Sampaikan ada anak bulus Meowrangers yang langsung taknak makan.. Haih musim agaknya .
Jom kita baca sikit tentang “RODENT ULCER”
Walaupun dikenali sebagai rodent ulcer, penyakit ini bukanlah disebabkan kucing ada memakan tikus. Ia adalah term yang merujuk kepada ulser mulut kucing..
Antara nama lain bagi Feline Rodent Ulcer adalah:-
Feline Eosinophilic Granuloma Complex
Feline Indolent Ulcer.
Ia biasanya terjadi di bahagian dalam mulut kucing (termasuk di lidah), dgn tompokan ulser berwarna kekuningan ataupun kemerahan dan menyebabkan kucing berasa sangat sakit dan tidak selesa
Penyebab Kucing di Serang βRodent Ulcerβ:-
- Alergik – kutu, makanan atau persekitaran
- Masalah kebersihan mulut dan gigi
- Masalah imun / antibodi (vaksinkan kucing anda!)
- Faktor keturunan atau genetik
Jika tidak dirawat dengan segera, ulser ini akan menjadi lebih teruk sehingga mulut kucing membengkak. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan keengganan atau ketidakupayaan kucing untuk makan serta merapi atau menjilat bulunya sendiri..
Rawatan Vet
Bawa ke vet SEGERA – rawatannya perlu diubati dengan ubat-ubatan steroid.
Rodent Ulcer tidak berjangkit, tetapi sangat mudah untuk terkena kepada kucing yang ber-antibodi rendah.
VAKSIN adalah langkah terbaik untuk mengelak dari terkena Rodent Ulcer.
Rawatan di rumah
Force feed – beri air dan makanan (wet food) menggunakan syringe atau kaedah suapan.
Kucing sebaiknya diberikan air glukosa / air kelapa 2-3 jam sekali untuk beri ia tenaga.
Jangan biarkan kucing tidak makan atau minum. Sentiasa pastikan ia bertenaga!
“Rodent Ulcer ni adalah punca kenapa si bulus menolak makanan ya?” -Catparents
Antara soalan popular juga ya yang ini. Hee, sebenarnya ada banyak sebab kenapa si bulus menolak makanan.. Namun, ulcer juga merupakan salah satu sebab kenapa si bulus menolak makanan.. Untuk maklumat lebih terperinci, catparents boleh rujuk di perkongsian ini ya : https://geligelikucing.com/kenapa-kucing-tak-nak-makan/
Tak puas hati dengan info yang diberikan? Haaa boleh juga rujuk dari sumber yang lain seperti : https://ms.spazziodecor.com/how-to-naturally-get-rid-of-rodent-ulcers-in-cats-8109 , ataupun google je “Ulcer Kucing”
Semuanya di hujung jari kan? Hee semoga baik baik sahaja untuk anak bulus kesayangan semua!
Geli Geli Kucing
“Where Cat’s Are Family”