Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan Geli Geli Kucing

Pada tahun 2012, Rakan Ternak Enterprise ditubuhkan dan beroperasi sebagai kedai membekal makanan dan keperluan haiwan ternakan dan peliharaan. Namun dari hari ke sehari, di tambah dengan minat mendalam tentang kucing, Pn Niza mula memikirkan untuk mewujudkan satu brand khas untuk “cat lover” dan ilham tersebut di kembangkan dengan impian untuk mewujudkan “one stop cat centre”. Oleh itu, pada Oktober 2013 Pn Niza telah mewujudkan jenama “Geli Geli Kucing” yang masih beroperasi di Kedai Rakan Ternak.

Pada tahun Mac 2014, Pn Niza telah membuka premis di bawah jenama Geli Geli Kucing dan hanya mensasarkan kepada pemilik kucing yang memerlukan keperluan kucing serta servis hotel kucing dan grooming kucing. Geli Geli Kucing mula beroperasi di Medan Saujana Kamunting di tingkat ground floor bersama 2 orang pekerja.

Pada tahun 2016, Geli Geli Kucing semakin berkembang dan pihak pengurusan mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan tingkat 1. Maka di tingkat 1 premis Geli Geli Kucing, hotel yang lebih selesa mula dibina dan satu perkhidmatan baru diperkenalkan iaitu Taiping Catmosphere.

Taiping Catmosphere merupakan ruang santai yang berkonsep mini lounge di mana pengunjung boleh bersantai bersama kucing di kawasan yang selesa di samping menjadi terapi minda mereka. Kajian menunjukkan kehadiran kucing dapat mengurangkan tekanan dan memberikan mood ceria kepada mereka di persekitaran yang mempunyai kucing. Taiping Catmosphere juga menyediakan makanan ringan kepada pengunjung dan ruang makan adalah terpisah daripada ruang kucing untuk memastikan kebersihan makanan. Makanan yang disediakan adalah ‘home-based’.