SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MEOW RANGERS!!! ??
Kami dari Geli Geli Kucing ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terguris perasaan sesiapa,atau sekiranya servis yang kami sediakan tidak cukup memuaskan bagi hampa semua. InshaAllah di masa akan datang, dengan sokongan hampa, Geli Geli Kucing dapat berkembang dan dapat memperbaiki lagi servis kami okay ❤️
Selamat pulang ke kampung halaman ! Yang mana tak berkesempatan untuk pulang tu, takpa. Hari lain nanti boleh la balik kampung pulak ye. Takpa kalau bukan Hari Raya pun. Semua kat sana mesti happy jugak tengok muka hampa, percayalah cakap kami ? Hati-hati drive keta tauu! Ni ada pesanan dari meow-meow hampa yang kena tinggai sat ni, hehe.
“Mummy, daddy, meow mintak ampun ye sebab selalu sepahkan pasir, tumpahkan air, kencing merata dalam rumah, gurau kasar sampai tangan mummy daddy calar-balar, gigit kain kt rumah sampai koyak dan bawak naik tikus atas katil masa mummy daddy tidur. Hehe. Meow sayang family meow tau. Jangan lupa amik meow balik rumah kita nanti tau tau tau” ?