Cara Hilangkan Kutu Kucing!!

Posted by adminzone 27/02/2018 0 Comment(s)

TAK TAHAN KUTU KUCING BANYAK SANGAT? DAH CUBA BANYAK CARA TAPI TAK JALAN JUGAK?

JOM TENGOK PETUA HILANGKAN KUTU!

ADA 5 CARA, PALING MUDAH ADALAH CARA NO 5!

1. Sikat Kutu

Gunakan sikat kutu bersama air lemon untuk kesan yang lebih efektif.

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Sikat kutu kucing yang bagus
– 2-3 biji lemon
– 3 cawan air
– Botol spray
– Periuk

Cara-cara:
Tuangkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan bersama 3 biji lemon yang dihiris-hiris. Didihkan ia dan alihkan dari api dan biarkan lemon terendam selama 3 jam. Selepas itu, tapiskan lebihan-lebihan lemon dan masukkan air rendaman tadi ke botol spray. Kemudian bolehlah anda spray ke bulu kucing sambil menyikat bulu dengan menggunakan sikat kutu. Atau dengan cara lain, anda boleh rendamkan sikat kutu dalam air lemon tadi sebelum menyikat bulu kucing. Lakukan proses ini 2 kali sehari. Anda juga boleh spraykan ke bedding kucing. Bau lemon yang kuat sangat tidak disukai kutu dan ini dapat mengurangkan kehadiran kutu.

2. Cuka Epal

Anda boleh spray cuka epal atau mandikan kucing anda dengan cuka epal.

Bahan-bahan yang diperlukan:
– Botol Spray
– Beberapa cawan cuka epal
– Syampu kucing yang biasa

Cara-cara:
Masukkan cuka epal ke botol spray dan spray ke bulu kucing. ATAU anda boleh campurkan cuka epal bersama syampu kucing dan mandikan kucing anda menggunakan campuran syampu tersebut. Jika anda spray cuka epal terus ke kucing anda, biarkan ia 5 minit sebelum mandikannya dan sikat menggunakan sikat kutu.

3. Air Garam

Anda boleh gunakan air bergaram dan spray di sekitar rumah anda atau kawasan kucing anda. Hal ini mungkin akan menyebabkan lantai ada melekit jadi untuk beberapa lama anda bolehlah mop semula lantai anda dengan air biasa.

4. Gunakan syampu Kutu

Mandikan kucing anda menggunakan syampu kutu dan sikat kucing anda menggunakan sikat kutu selepas anda mengeringkan bulu kucing. Ini kerana kebanyakan syampu kutu hanya memengsankan kutu dan tidak membunuh kutu jadi anda perlu membuang kutu tersebut menggunakan sikat kutu.

5. Gunakan CAT FLEA COLLAR

(anda boleh dapatkan brand SCRATCHEX dari Geli Geli Kucing)

Ia sangat efektif dan mudah. Cat Flea Collar brand Scratchex akan membunuh kutu dan membuatkan kutu tidak akan mendekati kucing anda selama 5 bulan. Anda perlu menukar collar ini setiap 5 bulan untuk memastikan keberkesanannya. Ia hanya sesuai untuk kucing yang berumur 3 bulan ke atas. Jangan risau, ia selamat digunakan tetapi untuk ibu yang menyusukan anaknya atau kucing yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan menggunakannya.

Dapatkannya di Geli Geli Kucing hari ini!!

Tanya Kami di Facebook: https://www.facebook.com/geligelikucing/

atau PM kami terus di link ini: https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Write a Comment