Sindrom Wobbler pada Kucing

Sindrom wobbler adalah suatu keadaan di mana kucing akan menggigil ketika berdiri atau berjalan.

Pernah atau tidak anda ternampak kucing yang mengalami keadaan seperti ini? Sekiranya pernah, mungkin ada di antaranya yang sedang menghidapi Sindrom Wobbler..

Tapi, jangan pukul rata ya? Boleh jadi juga ada di antaranya yang hanya mengalami sakit kaki biasa akibat luka digigit dan sebagainya..

Keadaan ini terjadi disebabkan oleh cerebellar hypoplasia di mana otak haiwan tidak berkembang sepenuhnya ataupun terbantut. 

Mesti ada yang tertanya tanya kan.. macam mana boleh jadi macamni? apa faktornya? Ok jom tengok di bawah..

Faktor Sindrom Wobbler yang berlaku pada kucing

  • Sindrom ini terjadi disebabkan oleh trauma berikutan kesan selepas kemalangan serta kesan daripada penyakit atau virus.
  • Selain daripada itu, faktor genetik juga boleh menyebabkan anak kucing akan mewarisi sindrom ini secara semulajadi.

Jadi, sebenarnya macam mana nak kenalpasti yang sebenarnya kucing tersebut menghidapi Sindrom Wobbler atau hanya sekadar sakit yang biasa?

Simptom Sindrom Wobbler pada kucing

  • Tidak mampu mengimbangi badan
  • Kaki kelihatan seperti menjengket
  • Kesukaran berdiri semasa duduk atau berbaring
  • Berjalan dengan kepala ke bawah
  • Tidak boleh berjalan disebabkan kesakitan pada bahagian kaki
  • Dalam sesetengah kes, wujud juga kucing yang mungkin menjadi sawan

Diagnosis Sindrom Wobbler

  • Pemeriksaan fizikal dan neurologi kucing
  • X-ray pada bahagian leher 
  • Ujian CT scan & MRI juga membantu mengenalpasti tekanan pada saraf tunjang

Rawatan Sindrom Wobbler

  • Ubat-ubatan untuk membantu mengurangkan keradangan pada leher
  • Pembedahan untuk mengurangkan ketegangan pada saraf tunjang (haiwan yang bersaiz besar – bergantung pada teknologi perubatan)
  • Rawatan akupuntur juga dikatakan boleh mengubati (namun tiada kajian sahih yang telah dibuktikan)


Nota Kaki :

Buat cataprents yang ternampak anak bulus kesayangan mempunyai simptom simptom seperti di atas, segera bawa anak bulus ke klinik veterinar berdekatan ya untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Geli Geli Kucing

“Where Cats Are Family”

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *