Stud Tail, atau turut dikenali sebagai hiperlasia kelenjar ekor biasanya terjadi pada kucing jantan dewasa terutamanya bagi kucing yang belum dimandulkan lagi. Ia terjadi apabila kelenjar sebum di bahagian ekor atau dagu kucing bertindak dengan mengeluarkan minyak akibat daripada perubahan hormon untuk mengawan.
Pernah tak anda perasan tiba-tiba ekor kucing anda nampak dan rasa berminyak (greasy)? Dah sental banyak kali pun masih rasa berminyak. Inilah salah satu tanda Stud Tail!
Alamak! Bahaya ke Stud Tail ni?
Stud Tail pada kucing ni tidaklah memberbahaya, cuma ianya menyebabkan ketidakselesaan kepada si bulus dan juga catparents sendiri. Tambahan, ekor yang berminyak tersebut akan menyebabkan melekatnya pelbagai bendasing lain di kawasan tersebut. Antara kesan lain adalah:
- Kulit pada pangkal ekor jadi berkerak dan kotor
- Bulu pada ekor kucing jadi rosak dan bergumpal
- Ekor kelihatan comot kekuningan – biasa berlaku kepada kucing yang berwarna putih
- Berbau busuk akibat daripada infeksi bakteria dan bendasing
Selain daripada memandulkan kucing anda, catparents perlu memandikan mereka dengan lebih kerap di samping menggunakan produk de-greaser khas bagi membersihkan ekor si bulus. Haa yang ni jangan risau hantar je si bulus kesayangan ke Geli Geli Kucing – mudah, cepat, pantas!
Nota Tambahan :
Buat cat parents yang dah dapatkan rawatan untuk si bulus berkaitan Stud Tail ni dan nak kembalikan semula kegebuan bulu si bulus.. boleh dapatkan panduan di sini tau..
https://geligelikucing.com/tips-bulu-kucing-panjang-lebat-dan-bersinar/