Tahap Perkembangan Anak Kucing

Tahap perkembangan anak kucing

Tahap perkembangan anak kucing? Wahhh anak kucing pun ada tahap perkembangan macam manusia ke? Haaaa.. jom kita tengok betul ke kucing ni sama macam manusia?

Sebelum tu.. tahukah anda bahawa kucing yang umurnya di antara 0 sehingga ke 12 bulan adalah dikategorikan sebagai anak kucing? Dann seperti yang kita sedia maklum.. anak kucing sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi dari semua aspek!

Susah ke jaga anak kucing ni? Hee tak susah, tak juga senang.. semuanya bergantung kepada diri masing masing..

Yang penting jangan risau.. sekarang kan semua maklumat di hujung jari! Boleh google terutamanya dalam laman web http://geligelikucing.com . Macam macam ada.. click je! Best kan?

Okay sebenarnya kan.. mengikut kajian, tahap perkembangan anak kucing boleh dibahagikan kepada 4 tahap, di mana setiap tahap mempunyai ciri-ciri yang unik. Antara tahap yang boleh dikelaskan adalah seperti berikut:

Minggu 1: Penyusuan

  • Dalam tempoh seminggu selepas kelahiran, anak kucing akan menghabiskan masa dengan menyusu dan menggandakan berat badan.
  • Si anak perlu sentiasa ada dengan ibu bagi mengelakkan berlaku masalah pada  perkembangan dan kesihatannya.
  • Penyususan secara terus adalah penting bagi memastikan bekalan vitamin dan nutrisi tidak terputus.
  • Memandangkan deria anak kucing masih belum berkembang sepenuhnya, memisahkan anak dari ibunya akan menyebabkan buta dan pekak atau masalah mental (Sila take noted ya..)


Minggu 2 – 7 : Persekitaran

  • Anak kucing hanya akan membuka mata dalam tempoh 2 minggu selepas kelahiran, tetapi penglihatan hanya akan berfungsi sepenuhnya pada minggu kelima.
  • Deria bau dan pendengaran akan terbentuk sedikit demi sedikit menjadikan anak kucing lebih peka dengan persekitaran.
  • Tulang anak kucing masih lembut dan masih tidak mampu untuk berjalan.
  • Selepas minggu keempat, semua deria akan berfungsi sepenuhnya dan anak kucing akan belajar berjalan. Interaksi antara persekitaran, manusia dan anak kucing yang lain akan bermula pada minggu kelima.


Minggu 8 : Putus susu

  • Kebanyakan ibu kucing akan berhenti memberi susu apabila anaknya berumur 8 minggu.
  • Anak kucing mula aktif pada waktu ini dan memahami persekitaran yang bahaya.
  • Selepas minggu ke-14, mereka akan lebih matang dan lebih berdikari.


6 – 12 bulan : Status dan pangkat

  • Pada umur 6 bulan, anak kucing akan mula mempunyai keinginan untuk memdominasi satu-satu kelompok terutama kucing jantan. 
  • Sewaktu tempoh ini, mereka akan bermain secara kasar seperti merampas mainan dan makanan dari adik beradik yang lain.
  • Situasi ini kaan berlaku sehingga umur anak kucing mencapai tempoh matang iaitu 12 bulan.
  • Penjagaan rapi anak kucing perlu dilakukan dari lahir sehingga mereka berumur 12 bulan. Hal ini bagi memastikan kebolehan dan fungsi deria dalam keadaan yang baik.

Dah tahu tahap perkembangan.. dah tahu barangan keperluan untuk anak kucing kesayangan… tapi hmm tak tahu mana nak cari barangan keperluan tersebut?

Jangan risau! Mestilah boleh dicari di Geli Geli Kucing. Terus je pm kami di Facebook : https://www.facebook.com/geligelikucing

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top