Tanda-Tanda Kucing Stress

  • KENALPASTI TANDA KUCING STRESS

Haiwan peliharaan mungkin menjadi stress jika keperluan mereka tidak disediakan sebaik mungkin.  Stress akan menyebabkan kucing berperangai pelik seperti membuang najisnya dan kencing di dalam rumah, mengunyah sebarang fabrik, menggigit, mencakar, serta takut hendak di ‘grooming’ atau dibersihkan.

Terdapat beberapa punca kucing stress.  Dan selalunya ia melibatkan penyakit, kesakitan (luka), rasa takut, atau perubahan dalam rumah seperti kehadiran bayi/haiwan peliharaan yang baru. Kucing juga boleh mengalami stress jika kehilangan tuannya.

KUCING MENJADI RESAH/ANXIOUS

1. Kucing Resah

Kucing yang gementar akan sentiasa kelihatan risau atau takut. Kucing akan merendahkan badan ke lantai atau membongkok. Badannya akan menegang dan anak matanya membesar. Seterusnya, kucing akan mengalami keguguran bulu.

2. Agresif

Kenapa kucing yang pada mulanya penyayang, mula bertindak agresif dengan mencakar dan menggigit tuannya?  Selalunya itu bermaksud kucing itu tidak sihat, dan perlu dibawa untuk pemeriksaan lanjut. Kucing juga boleh bertindak agresif dan memusnahkan barangan anda kerana bosan.

3. Membuang Najis/Kencing Merata

Kucing yang kencing dan membiarkan najis di dalam rumah mungkin mengalami masalah pundi kencing yang memerlukan rawatan dari pakar. Jika kucing itu sihat, mungkin dia mengalami stress. Jangan marah atau memukul kucing. Sediakan bekas pasir kucing untuknya sehinggalah masalah itu selesai.  Untuk elakkan kucing kencing di tempat yang sama, letak foil tin atau pembungkus plastik di tempat tersebut untuk melindunginya.

4. Resah Bila Grooming

Terdapat beberapa kes di mana kucing mula bersikap agresif atau mengalami stress kerana berlakunya ‘over-grooming’.  Kucing mungkin akan menjilat atau mengunyah satu bahagian di tubuh badannya tanpa sebab.  Ini akan mengakibatkan berlakunya masalah kulit seperti dermatitis, eczema dan kebotakkan. Pada kebiasaannya, doktor haiwan akan memberikan tranquillizers untuk rawatan ini.

5. Mengunyah Fabrik

Sesetengah baka kucing seperti Siamese dan Burmese akan mengunyah segala jenis fabrik dengan agresif. Apabila masalah ini berlaku, itu tandanya kucing mengalami stress.

Kucing anda mempunyai tanda-tanda seperti ini? Kucing masih stress walaupun anda dah cuba atasinya? Jangan risau. Boleh hubungi kami di talian berikut untuk info selanjutnya.

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

“Suka Kucing, Mesti Suka Geli Geli Kucing”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top