Temui Kami di MYDIN Parit Buntar

“Sehari Bersama Si Meow”

Perhatian Semua Cats’ Lovers!

? Berita gempar untuk warga Parit Buntar, Taiping, Bagan Serai, Semanggol dan yang berdekatan.  Mydin Parit Buntar dengan kerjasama Geli Geli Kucing bersama penaja utama Power Cat akan menggemparkan dan menceriakan hari anda semua terutamanya pencinta kucing tak lama lagi.

? Kami semua sedang berusaha keras mengadakan persediaan untuk “PROGRAM SEHARI BERSAMA SI MEOW” yang bakal diadakan di Mydin Parit Buntar.  Banyak sangat aktiviti yang best pada hari kejadian.  Kali ni kami betui2 nak bagi hat mana sayang kucing jadi makin sayang kucing, hat mana tak berapa nak sayang, akan mula pelan-pelan sayang kucing..

? Ok.. kena simpan tarikh ni baik2 tau.. Jangan pi mana-mana kecuali pi Mydin Parit Buntar jaa.. sebab kami semua tak sabar nak jumpa anda ?

Tarikh : 6 Mei 2017
Masa : 10.00 pagi- 6.00 petang
Tempat : Perkarangan Pentas utama Mydin Parit Buntar

? Meh kami share sikit apa yang akan berlaku pada hari kejadian,

Aktiviti Untuk kanak-kanak

?Pertandingan Mewarna ✍
?Face Painting ?
?Hiburan bersama Mascot ?
?Snap Snap Meow ?

Aktiviti Untuk dewasa

?Pertandingan Si Jaguh Kampung Meow ?
?Cat Fashion Show ?
?Cat’s Adoption ?
?Meow Meow Doktor ? ?
?Pertandingan Meniru Gaya Kucing ?
?Pertandingan Teka Berat Kucing ?

============================================================

? Selain itu, ada juga jualan dan promosi barangan keperluan kucing.  Penaja bersama kami iaitu Supercat (produk Jusz Spray & Jusz Plus) dan Pet’s Territory ada bukak booth depa dan semestinya ada sale gila gila! ??

Ada 2 pertandingan yang memerlukan permohonan awal, iaitu

a) Pertandingan Si Jaguh Kampung Meow ✔
b) Pertandingan Mewarna Kanak-kanak ✔

Hampa boleh dapatkan borang di Mydin atau di Geli Geli Kucing. Yuran penyertaan adalah PERCUMA! Dan semestinya ada HADIAH HEBAT menanti hampa! ??
============================================================
?Apa lagi, jom ajak keluarga & kawan-kawan satu kampung memeriahkan suasana nanti. Kami tak sabar nak jumpa anda semua! ?

Tanya kami,
☎ 05-8050302
“Suka Kucing, Mesti Suka Geli Geli Kucing”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top