Tips Adopt Kucing Dewasa / Tua / Senior

Defining Senior Age in Cats | PetMD

Menyelamatkan kucing dewasa dari jalanan atau di mana sahaja merupakan perbuatan yang sangat mulia dan patut dipuji. Namun, ianya bukanlah suatu tugas yang mudah dan memerlukan penjagaan yang rapi.

Secara asasnya, terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk bantu kucing dewasa ni selesakan diri rumah serta persekitaran yang baru.. Adalah lebik baik sekiranya cat parents sediakan sebuah bilik khas untuk kucing tersebut. Cara ini dapat membantu mengurangkan stress kucing tersebut.

Tapi, cat parents jangan terus letak expectation yang tinggi ya?

Antara peralatan yang diperlukan:

  1. Carrier kucing
  2. Cat tree
  3. Katil kucing/tempat tidur khas kucing
  4. Toys
  5. Bekas makanan dan minuman kucing (Stainless steel atau seramik sahaja. Elakkan bekas plastik yang dapat menyebabkan bakteria dan menyebabkan jerawat kucing di bawah dagu)
  6. Makanan kucing (Jangan beri yang bewarna warni please!) 
  7. Ubat anti-parasite (kutu, cacing, ubatan lain)
  8. Bekas pasir dan scoop
  9. Pasir kucing

Tips membina kepercayaan Kucing Dewasa yang baru di adopt:

  • Setibanya kucing tersebut di rumah, segera bawa ke bilik khas dan buka pagar carrier. Namun, usah memaksa dia keluar. Sebaliknya, biarkan dia keluar dengan sendirinya. Anda cuma perlu duduk berdekatan dengannya dan cuba untuk pujuk dengan suara yang lembut serta treats. 
  • Kerapkan mengosok kepalanya, berikan treats seperti wetfood untuk ambil hati kucing, dan setkan 1 masa untuk bermain dengan kucing tersebut.
  • Sediakan bekas pasir, bekas makanan/air dan katil dalam bilik tersebut. Jika ada ruang yang mencukupi, letakkan juga cat tree. Sediakan satu kawasan yang lain seperti sebuah kotak atau katil kucing yang tertutup supaya kucing boleh menyorok dan cari perlindungan sekiranya dia berasa takut. 
  • Perkenalkan setiap ahli keluarga kepada kucing tersebut secara berperingkat. Kucing lazimnya akan berasa takut berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.
  • Sekiranya kucing tersebut mula kelihatan selesa berjalan di dalam bilik khas, mula perkenalkan persekitaran luar padanya. Namun, lakukan secara berperingkat. Lama kelamaan kucing tersebut akan mula explore persekitaran di luar pula dengan sendirinya.
  • Pastikan untuk sentiasa membawa kucing ke vet untuk checkup dan rawatan. Hal ini kerana, kucing dewasa lebih terdedah kepada risiko kesihatan yang tersendiri. Oleh itu, rawatan berkala dapat mencegah serta megenalpasti dengan lebih awal sekiranya kucing tersebut dijangkiti penyakit.  

Kesimpulannya, untuk membina kepercayaan atau bonding dengan kucing dewasa mungkin mengambil masa yang lama. Ianya boleh jadi beberapa hari, minggu mahupun bulan. Tambahan pula, kebanyakkan kucing dewasa yang diselamatkan ini datang dari persekitaran yang tidak sihat, didera serta tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Oleh itu, cat parents perlulah sentiasa berusaha dan bersabar ya.

SELAMAT MENCUBA <3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *