MEMASTIKAN KUCING KEKAL SIHAT
Salah satu tanggungjawab yang perlu diketahui apabila membela kucing adalah membawanya berjumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan rutin, vaksin, dan booster. Ianya perlu dilakukan pada hari pertama lagi anda mula membela anak kucing dan diteruskan sehingga ia tua. Pilih klinik haiwan terdekat di kawasan rumah anda yang berkemahiran merawat haiwan kecil.
PILIH KLINIK HAIWAN TERBAIK
Tanya rakan yang mempunyai kucing tentang klinik haiwan terbaik dan terdekat dengan kawasan rumah anda. Periksa tentang perkhidmatan yang klinik tersebut sediakan, harga yang dikenakan, waktu konsultasi dan apa langkah-langkah yang telah disediakan oleh klinik tersebut sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
MENGGUNAKAN KHIDMAT VET
Daftar kucing anda di klinik haiwan sejurus sahaja anda mula menjaganya dan bawa kucing ke klinik tersebut sebagai rutin untuk memastikan ia sihat. Jika anda rasa kucing tidak sihat, bawa kucing berjumpa doktor haiwan secepat mungkin. Jangan cuba untuk merawat kucing di rumah secara sendiri tanpa pengawasan pakar. Keadaan kucing akan bertambah teruk jika anda melewatkan proses rawatannya di klinik haiwan.
INSURANS NYAWA
Anda boleh mengambil polisi insurans ke atas nyawa atau kesihatan kucing anda. Sebagai ganjaran membayar premium tahunan, segala rawatan atau pembedahan yang dilakukan terhadap kucing anda akan dibayar oleh pihak insurans, tidak termasuk rawatan rutin seperti vaksin atau memandulkan kucing. Sesetengah syarikat insurans bagi haiwan ini akan memberi pampasan jika kucing anda mati akibat kemalangan, hilang, atau diculik.
PENJAGAAN ASAS KESIHATAN
PEMERIKSAAN RUTIN
Beri perhatian yang lebih untuk kenalpasti sebarang perubahan dalam gelagat kucing anda dan bawa ia pergi untuk pemeriksaan rutin oleh doktor.
VAKSIN
Anak kucing sepatutnya divaksin pada usia 8/9 minggu.
PERLINDUNGAN DARI PENYAKIT
Anak kucing perlu divaksin untuk melindungi ia dari sebarang penyakit atau infection seperti ‘Feline Infectious Enteritis”