TIPS MEMBERI MAKAN KEPADA SI CEREWET (PART 2)
?Artikel sebelum ini ada menyentuh mengenai punca kucing menjadi cerewet. Jom kita ketahui lagi beberapa punca lain yang menjadikan kucing anda sangat cerewet dan tidak selera makan
2. Memberi sejenis makanan sahaja dan menukar makanan secara tiba-tiba
✔ Tuan kucing selalunya membiasakan kucing dengan memberikannya 1 jenis makanan (kibbles) sahaja dan tidak mempelbagaikan jenama dan jenis makanan kucing. Oleh kerana itu, kucing akan menjadi sangat cerewet apabila menukar makanan secara tiba-tiba
Sebenarnya, lebih baik jika kita mempelbagaikan jenis makanan kepada kucing bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada kucing dengan sumber dan tekstur makanan yang berbeza. Anda boleh juga mencuba resepi makanan yang boleh disediakan di rumah
3. Membiarkan makanan terlalu lama terdedah
Jangan biarkan makanan terdedah terlalu lama. Anda boleh berikan makanan 2-3 kali sehari dengan kuantiti yang diperlukan sahaja. Anda boleh rujuk pada pek makanan dan selalunya terdapat cadangan kuantiti yang sepatutnya untuk kucing
4. Stress atau Kemurungan
✔ Kucing yang mengalami stress atau kemurungan akan hilang selera makan. Jadi, untuk mengembalikan semula selera makannya, kita perlu mengetahui punca kucing stress dan atasi stressnya dahulu Antara kebiasaan punca stress adalah seperti kes buli, kehilangan kawan main, kehadiran kucing baru atau bertukar persekitaran baru ?
5. Perubatan ?
Kucing yang mengalami sakit seperti masalah buah pinggang, sakit gusi, ulser, cancer atau baru melalui pembedahan juga akan kehilangan selera makan ? Oleh itu, anda perlu menyuap makanan yang sesuai jika kucing anda langsung tidak menyentuh makanan yang diberikan
Selalunya kucing yang dalam kesakitan lebih suka makan makanan yang lembut seperti wetfood atau homemade food berbanding kibbles.
6. Kemerosotan deria bau
Deria bau memainkan peranan penting untuk meningkatkan selera kucing. Kucing yang semakin meningkat usianya akan mengalami kemerosotan deria bau ? Selera makan juga semakin merosot.
Anda perlu dapatkan makanan yang sesuai untuk peringkat umur mereka atau makanan yang mempunyai bau yang kuat. Atau anda boleh dapatkan makanan basah dan panaskan makanan basah tersebut untuk meningkatkan baunya bagi memancing selera kucing ?
7. Menyembunyikan ubat di dalam makanannya
✔ Antara trick popular untuk memberi makan ubat kepada kucing dengan mudah adalah dengan menyembunyikan ubat tersebut dalam makanan mereka Tetapi apabila kucing mula merasa sesuatu yang berlainan dari kebiasaan mereka mula menghindari makanan tersebut
Tips Memberi Makan Kepada Si Cerewet Part 1
http://www.geligelikucing.com/blog/blog/tips-memberi-makan-kepada-kucing-cerewet/
.
Jika kucing anda masih bersikap cerewet dan memilih makanan, hubungi kami dan kami akan syorkan makanan kucing yang terbaik untuk kucing anda
Taiping: 05-8050302
Ipoh: 013-5201060
Atau boleh pm kami terus :
https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056