TIPS MEMBERI MAKAN KEPADA SI CEREWET ?
Sepanjang kami beroperasi, ramai pelanggan menyatakan kucing mereka sangat cerewet tentang pemilihan makanan. Rata-rata mengatakan kucing mereka cepat boring atau terlalu setia dengan satu jenis makanan sehinggakan sukar jika hendak menukar seleranya. Okay, jom kita ketahui dahulu punca kenapa kucing anda “cerewet”
1. Isu Bekas Makanan
✔Bekas terlalu kecil
Bekas makanan yang kecil sering menjadi isu untuk kebanyakan kucing. Sebenarnya kebanyakan kucing tidak suka jika misai mereka terkena tepi bekas makanan, kerana mereka sangat sensitif.
✔Bekas Plastik
Bekas plastik mempunyai bau yang mengganggu selera kucing. Bekas plastik yang mempunyai bekas cakaran akan menyebabkan terkumpulnya bakteria dan memerangkap bau. Seeloknya bekas makanan kucing adalah dari jenis ceramic, kaca atau stainless steel.
✔Bekas makanan yang kotor
Kucing adalah makhluk tuhan yang pembersih. Mereka tidak suka jika bekas makanan mereka kotor Mereka sangat sensitif terhadap bekas makanan yang berbau makanan lama. Bekas makanan kucing sepatutnya dibersihkan sekurang-kurangnya sekali sehari dengan air sabun dan disiram dengan air panas.
✔Kedudukan bekas makanan yang tidak sesuai
Jangan letakkan bekas makanan berhampiran toilet tray mereka kerana mereka juga seperti kita yg pastinya takkan ada selera jika makan berhampiran toilet ?
✔Kongsi Bekas Makanan ?
Walaupun mereka suka bergurau dan bermain bersama, tak semestinya mereka suka berkongsi bekas makanan Ini kerana adakala berlaku kes buli sesama mereka jika berkongsi bekas makanan. Jadi seeloknya sediakan untuk setiap ekor kucing bekas makanan tersendiri. ?
✔Makanan yang baru keluar dari peti ais
Makanan hendaklah dipanaskan sedikit atau dibiarkan pada suhu biasa. Gaulkan makanan selepas dipanaskan di dalam microwave.
✔Bekas makanan dan bekas air terlalu dekat
Jika anda mempunyai ruang yang besar, jarakkan sekurang-kurangnya 1 meter antara bekas air dan bekas minuman.
2. Memberi sejenis makanan sahaja dan menukar makanan secara tiba-tiba
✔ Tuan kucing selalunya membiasakan kucing dengan memberikannya 1 jenis makanan (kibbles) sahaja dan tidak mempelbagaikan jenama dan jenis makanan kucing. Oleh kerana itu, kucing akan menjadi sangat cerewet apabila menukar makanan secara tiba-tiba?
✔Sebenarnya, lebih baik jika kita mempelbagaikan jenis makanan kepada kucing bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada kucing dengan sumber dan tekstur makanan yang berbeza. Anda boleh juga mencuba resepi makanan yang boleh disediakan di rumah ?
3. Membiarkan makanan terlalu lama terdedah
✔Jangan biarkan makanan terdedah terlalu lama. Anda boleh berikan makanan 2-3 kali sehari dengan kuantiti yang diperlukan sahaja. Anda boleh rujuk pada pek makanan dan selalunya terdapat cadangan kuantiti yang sepatutnya untuk kucing ?
4. Stress atau Kemurungan ?
✔ Kucing yang mengalami stress atau kemurungan akan hilang selera makan. Jadi, untuk mengembalikan semula selera makannya, kita perlu mengetahui punca kucing stress dan atasi stressnya dahulu Antara kebiasaan punca stress adalah seperti kes buli, kehilangan kawan main, kehadiran kucing baru atau bertukar persekitaran baru ?
5. Perubatan ?
✔ Kucing yang mengalami sakit seperti masalah buah pinggang, sakit gusi, ulser, cancer atau baru melalui pembedahan juga akan kehilangan selera makan ? Oleh itu, anda perlu menyuap makanan yang sesuai jika kucing anda langsung tidak menyentuh makanan yang diberikan
✔ Selalunya kucing yang dalam kesakitan lebih suka makan makanan yang lembut seperti wetfood atau homemade food berbanding kibbles.
6. Kemerosotan deria bau ?
✔ Deria bau memainkan peranan penting untuk meningkatkan selera kucing. Kucing yang semakin meningkat usianya akan mengalami kemerosotan deria bau ? Selera makan juga semakin merosot.
✔Anda perlu dapatkan makanan yang sesuai untuk peringkat umur mereka atau makanan yang mempunyai bau yang kuat. Atau anda boleh dapatkan makanan basah dan panaskan makanan basah tersebut untuk meningkatkan baunya bagi memancing selera kucing ?
7. Menyembunyikan ubat di dalam makanannya
✔ Antara trick popular untuk memberi makan ubat kepada kucing dengan mudah adalah dengan menyembunyikan ubat tersebut dalam makanan mereka Tetapi apabila kucing mula merasa sesuatu yang berlainan dari kebiasaan mereka mula menghindari makanan tersebut
PART 2 – http://www.geligelikucing.com/blog/blog/tips-memberi-makan-kepada-kucing-cerewet-part-2/
Jika kucing anda masih bersikap cerewet dan memilih makanan, hubungi kami dan kami akan syorkan makanan kucing yang terbaik untuk kucing anda
Taiping: 05-8050302
Ipoh: 013-5201060
Atau boleh pm kami terus :
https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056