1) Jauhkan makanan dari si comel untuk 24 jam bagi merehatkan perut si comel anda. Selalunya kucing akan berpuasa secara semulajadi untuk merehatkan perut mereka. Walaubagaimanapun air mestilah diberi secara berterusan kerana kucing perlu minum air dengan banyak ketika ini.
2)Selepas puasa selama sehari barulah mula member kucing tersebut makan makanan berkhasiat seperti rebusan dada ayam dan nasi sebagai permulaan untuk perutnya menghadamkan makanan setelah mengalami cirit birit.
3)Dilarang sama sekali memberi susu kucing ketika cirit birit kerana ia akan me nambahkan ketidakselesaan keada perut kucing.
4)Bolehlah mengambil makanan berserat tinggi seperti labu yang direbus dahulu dicampurkan dengan makanan kucing anda setiap hari bagi membantu memejalkan najis mereka.
5)Boleh juga mencuba memberi 1-2 sudu yogurt perisa natural tanpa pewarna kepada kucing anda untuk melawan bacteria jahat dalam perut kucing.
Sekiranya cirit berlarutan atau mempunyai darah di dalam najis mereka, segeralah membawa mereka bertemu vet untuk pemeriksaaan lanjut.