Tips Penjagaan Mata Kucing

mata-kucing

Perlu diingat kucing anda tidak mampu memastikan mata dan persekitaran mata mereka sihat dan bersih. Jadi kita sebagai “Pet Parent” yang perlu mengambil alih tugas tersebut dengan mewujudkan rutin penjagaan mata kerana jangkitan pada mata adalah kerana bacteria terhasil daripda “discharge” yang dikeluarkan dari mata. Kucing anda akan lebih menyayangi anda apabila mereka mendapat perhatian lebih apabila anda memeriksa keadaan mereka dan membersihkan mereka dan sudah tentu mereka lebih berkeyakinan apabila mata mereka bebas ari sebarang kotoran atau “discharge” yang dihasilkan.

Berikut merupakan langkah yang boleh anda jadikan rutin untuk penjagaan mata kucing anda:

1) Periksa mata kucing anda di bawah lampu yang terang. Mata yang sihat berada dalam keadaan lembap dan jelas. (moist and clear). Jika kemerahan atau membengkak atau terdapat lebihan mucus menandakan mata si comel terkena jangkitan. Jangan ragu-ragu untuk bawa mereka ke klinik haiwan apabila anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

2)Jika kucing anda jenis bulu panjang, trim bulu berdekatan bahagian mata. Ini kerana  dengan hanya “tiny scratches” pada kornea mata mereka sekalipun boleh menyebabkan kesakitan melampau dan akhirnya boleh mengakibatkan semakin serius berpotensi untuk membutakan mata mereka. Gunakan gunting yang bersesuaian untuk mengelak kecederaan.

3)Sangat penting untuk membuang kotoran yang keluar dari mata atau mencuci tahi mata kucing untuk menghalang ia mengganggu penglihatan si comel dan boleh menyebabkan jangitan. Sesetengah kucing yang terkena jangkitan akan menghasilkan lebih “discharge” daripada biasa. Air mata kotor selalunya berlaku kepada jenis-jenis kucing tertentu seperti parsi an jika dibiarkan ia akan mengganggu penglihatan si comel. Penghasilan air mata kotor terjadi apabila air mata normal keluar berdekatan mata dan terkena bulu berdekatan atau memerangkap habuk akhirnya menyebabkan air mata jernih berubah kotor.

4) Gunakan pencuci khas atau eye drop yang bersesuaian dengan kucing atau sekurang-kurangnya lapkan dengan air suam menggunakan tisu khas atau kain yang bersih. Terdapat pelbagai brand di pasaran yang boleh didapati di petshop yang boleh digunakan utuk membersihkan dalam dan luar bahagian mata.

5) Anda boleh menggunakan eye drop sekerap yang dicadangkan untuk memastikan mata kucing tidak kering dan sentiasa berada alam keadaan lembap. Anda boleh gunakan setiap pagi, selepas mandi, atau ketika merapikan bulu kucing anda. Sekiranya mata kucing anda terkena jangkitan, kebiasaannya veterinary akan mencadangkan ubat mata yang mengandungi antibiotic seperti Terramycin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *