TIPS TRAVEL BERSAMA KUCING
Okay, memandangkan ramai yang tak berkesempatan letak kucing di Hotel Geli Geli Kucing sebab dah penuh, ramai jugak la yang terpaksa pulang ke kampung halaman dengan si meow kan ? Untuk memudahkan perjalanan anda semua, kami nak kongsikan tips untuk travel dengan kucing tau. Haa ni antara benda-benda yang perlu ada!
- Carrier
- Bekas minuman/makanan
- Bekas pasir
- Sangkar kecil yang boleh dilipat
- Makanan kucing
- Pasir kucing
Perkara paling utama adalah, pastikan kucing anda selesa! Dan selamat pada masa yang sama. Kalau boleh, sediakan carrier yang besar untuk keselesaan kucing. Boleh la depa bergerak, berpusing-pusing sat dalam tu.
Langkah 1
Beri kucing makan/minum sekurang kurangnya 4-6 jam sebelum perjalanan. Nanti tak payahla bagi kucing makan dalam kereta dah.
Langkah 2
Pastikan carrier kucing dilapik dengan kain, dan letakkan barang/permainan yang kucing anda gemari untuk keselesaan kucing.
Langkah 3
Jika ada ruang di tempat duduk belakang, pastikan carrier kucing disertakan dengan seatbelt untuk menjamin keselamatan kucing. Kalau tak ada ruang, letak kucing di bahagian kaki untuk elakkan carrier terjatuh, semasa anda memandu. Jangan letak kucing di bawah beg-beg pakaian anda! Dan jangan letak kucing dalam bonet!
Langkah 4
Untuk perjalanan kurang 6 jam, tak apa jika biarkan kucing terus di dalam carrier. Tapi jika lebih 6 jam, lepaskan kucing sebentar untuk membolehkan ia berehat, makan, minum, atau gunakan bekas pasir. Pastikan anda dah parking kereta dulu ye sebelum keluarkan kucing dari carrier. Biarkan kucing berlegar sebentar di kawasan dalam kereta. (Kalau ada harness, bolehla lepaskan di luar)
Langkah 5
Jangan tinggalkan kucing di dalam kereta sendirian jika anda berhenti di RnR walaupun hanya 10 minit. Cuaca yang panas, tanpa aircond di dalam kereta boleh memudaratkan kucing.
Langkah 6
Apabila telah sampai di destinasi anda, letakkan kucing di dalam sangkar/bilik yang tidak terlalu bising untuk mengurangkan stress kucing sementara anda mengemas kembali barang-barang.
Langkah 7
Elakkan kucing dari ‘diganggu’ oleh sanak saudara yang tidak dikenali oleh kucing kerana boleh menyebabkan ia menjadi garang kerana stress. Digalakkan untuk letak kucing di dalam sangkar kecil atau di bilik yang kurang gangguan dan tidak bising. Jangan lupa letakkan makanan/minuman kucing, bekas pasir dan pasir dalam sangkar tu ye.
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMUA !
BAWAK KERETA TU HATI-HATI TAU!
05-8050302
Geli Geli Kucing