Tips Vaksin Kucing

? Tips Vaksin Kucing ?


Vaksinasi kucing merupakan perkara yang wajib dilakukan bagi si bulus yang comel ini. Tujuannya untuk membuatkan antibodi kucing hampa lebih kebal terhadap suatu penyakit.

Si bulus yang berusia 8 minggu (2 bulan) dah boleh mula divaksinkan.

Apakah syarat2 lain untuk Vaksin Kucing ?

1. Sebaik-baiknya berat si bulus mencapai 1kg ke atas dan tidak kurang

2. Si bulus haruslah dalam keadaan yang sihat Sakit sikit pun tidak dibenarkan vaksin ye.

3. Selepas si bulus telah divaksin, hampa tak dibenarkan memandikan kucing selama lebih kurang 1 minggu

4. Jangan bawa si bulus keluar bersiar-siar atau travel dalam tempoh seminggu

Kerana dikhuatiri kucing anda akan mengalami tekanan/stress kerana baru menerima suntikan vaksin terutama suntikan kali pertama.

5. Kucing biasanya akan demam setelah disuntik (menjadi sedikit lemah).

Jika ianya berlarutan, segeralah bawa si bulus ke vet ?

6. Paling utama, sila pantau makan minum si bulus.

Kebiasaannya selepas divaksin, si bulus akan mengalami kurang selera makan ?

Jika perkara itu berlaku, suapkan si bulus makanan sama ada wet food atau kibbles yang dah dilembutkan.

Boleh ke Vaksinkan Kucing yang sedang bunting ?

Si bulus yang sedang bunting atau menyusu tidak dibenarkan sama sekali untuk divaksinkan. Harus tunggu sehingga dia dah melahirkan anak-anaknya terlebih dahulu. Sekurang kurangnya sehingga anak2 si bulus berusia 2 bulan. Haa lepastu bolehlah vaksinkan ramai-ramai sekali

Diedit/Diubah suai dari page ‘DiariAshmira’

Nak kami hantarkan si bulus hampa untuk vaksin di klinik ? Takdak masalah, boleh call kami terus naa.

05-8050302

Atau boleh pm kami:

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *