Tahukah anda bahawa ulser boleh menjangkiti semua peringkat umur kucing ? Ia adalah tanda bahawa mulut kucing anda dijangkiti kuman akibat dari penyakit di dalam mulut. Antara penyakit mulut kucing adalah periodontal disease atau masalah gigi (gusi bengkak, berdarah dan segala masalah gigi). Kami di GELI-GELI KUCING akan berkongsi serba sedikit pengetahuan kami tentang ulser kucing ini.
Antara punca ulser kucing yang dapat dikenalpasti:
- Alahan pada makanan
- Alahan pada bekas makanan (bekas plastik mudah menghasilkan bacteria)
- Masalah imun
- Masalah genetik, jangkitan daripada pergigian
Ok, jom lihat tanda-tanda kucing anda ada ulser:
- Tiada selera untuk makan
- Monyok
- Mulut berbau, air liur meleleh
- Terdapat tompok2 putih/merah/kuning pada lidah atau gusi
- Kucing tidak merapi bulunya seperti biasa(menjilat bulu)
Cara merawat ulser pada kucing
- Sekiranya ia berpunca dari makanan, maka perlu dipertimbangkan untuk menukar makanan seperti mencuba makanan segar (ayam rebus)
- Sekiranya punca pergigian, maka perlu berjumpa vet dan melakukan pembersihan gigi dengan lebih kerap
- Jika berpunca dari parasit atau kutu, rawatan penghapusan perlu dilakukan
- Jika berpunca dari bekas makanan plastik, maka dinasihatkan untuk tukar kepada bekas makanan seramik.
Namun, anda boleh mengambil produk seperti Aloevera gel (pet gel) untuk member keselesaan kepada ulser tersebut dan membantu merawat ulser tersebut.
Dinasihatkan anda membawa kucing anda berjumpa vet segera.
Ok, anda boleh juga kongsikan kepada kami tip-tip untuk merawat ulser atau share kisah anda supaya ramai yang boleh ambil panduan.
Ikhlas,
Team Geli Geli Kucing
05-8050302 (GGK Kamunting)
05-8119456 (GGK Taiping)
Facebook: GELI GELI KUCING