APA ITU PARVOVIRUS ?


Feline Parvovirus (FPV) juga dikenali sebagai Feline Infectious Enteritis (FIE – radang usus menular) ataupun Feline Panleukopenia;

Sejenis virus yg sangat kecil dan degil, sangat membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ‘ubat khas’ untuk mengubatinya jika dijangkiti

Malah virus ini sangat mudah merebak dan menjangkiti kucing lain. Jika berlaku penularan, ia boleh membunuh keseluruhan kucing yang ada satu demi satu

Paling teruk, kadangkala ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jelas, tetapi kucing tersebut boleh mati secara mengejut

Ia menyerang sistem pertahanan tubuh, sel darah putih, terutama lapisan sistem penghadaman.

HABITAT VIRUS
======================================

Kawasan persekitaran yang tidak bersih akan mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya

Berjangkit melalui air liur, air kencing, muntah, pernafasan, udara (airborne) juga melalui kotoran kucing yg telah dijangkiti.

Boleh dijangkiti dgn mudah melalui persekitaran dan melalui sentuhan antara kucing yang telah dijangkiti dgn kucing yang sihat

Virus mampu bertahan di persekitaran (dalam dan luar rumah) sehingga 1 tahun dan memerlukan disinfektan seperti Clorox untuk membunuhnya

RISIKO DAN PENCEGAHAN
======================================

Boleh dicegah jika kucing mempunyai daya imun yang tinggi (Berikan Pets Territory: Regain)

Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yg berumur 3 bulan ke bawah kerana antibodinya masih lagi lemah dan waktu ini anak kucing sudah mula putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yang kaya antibodi).

Kucing yang tidak pernah divaksinkan sangat mudah untuk terkena jangkitan Parvovirus ini.

Begitu juga kucing yang sudah divaksin, jika tidak lengkap kucing tersebut turut terdedah kepada jangkitan Parvovirus

Salah satu cara pencegahan adalah melalui VAKSINASI yang LENGKAP

TANDA – TANDA/ SIMPTON
======================================

Muntah – muntah (air/buih)
Cirit – birit teruk (kekuningan, berbau busuk/hanyir serta berdarah sedikit)
Tidak makan
Murun
Demam panas melampau/suhu badan tidak menentu
Lemah dan tidak bermaya
Lembab/basah sekitar mulut
Kucing akan sentiasa dahaga, biasanya akan berada disekitar sumber air contohnya tandas/bilik air

Jika ibu kucing mengandung dan dijangkiti oleh Parvovirus, anak didalam kandungan tu juga akan mendapat tempiasnya, dan jika si ibu survive sehingga melahirkan anaknya, si anak akan mendapat effect kerosakan pada sistem kawalan dalam otaknya.

? RAWATAN
======================================

Rawat kucing dengan “Pets Territory: Regain” yang ada dijual di kedai kami

Parvo sebenarnya tiada ubat atau rawatan, akan tetapi boleh berikan immune booster kerana Parvo menyerang sistem imun/pertahanan badan (Berikan Pets Territory: Regain yang mampu boost kan imun)

Jika kucing kelihatan murung dan ada simptom berkenaan, bawa ke Vet dengan segera dan sekiranya jangkitan masih di peringkat awal, peluang untuk survive agak tingg.

Jika kucing disahkan positif Parvo di peringkat awal, boleh dirawat dengan cara penjagaan yang sempurna, kebersihan yg menyeluruh dan pemberian minum dan makan secara paksa atau ‘Force Feed’ kerana kucing yg sakit sudah tidak akan makan lagi (peringkat awal InshaaAllah boleh survive)

Jika dapat dikesan hanya pada peringkat akhir, peluang survive mmg susah, tapi usaha dan tawakal lah selagi bernyawa

Ingat ya, make sure kucing makan supaya ada tenaga (kalau susah juga boleh berikan air glukose atau air gula) dan sekiranya kucing berjaya bertahan beberapa hari iaitu dalam tempoh 5-7 hari, berkemungkinan dia akan survive

Boleh juga beri immune booster yg lain – Vetri DMG, Air Kelapa (jarakkan dgn ubat), 100 Plus Dibuang Gas, Air Zamzam

PALING PENTING dan PALING TERBAIK merawat Parvovirus adalah TF atau PETS TERRITORY: REGAIN yang ada dijual di kedai kami.

APA LAGI YANG PERLU DILAKUKAN
======================================

Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, seluruh kawasan rumah dan semua perkakas termasuk sangkar, bekas makanan/minuman, litter box dan lain lain perlu dibersihkan dengan Clorox untuk membunuh virus ini.

Penggunaan Clorox dapat membantu membunuh virus ini dan perlulah dicuci sekerap mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalam jangkahayat yang lama (1 tahun)

Asingkan kucing yg sihat jauh-jauh dan kuarantin yg sakit. Sebelum sentuh kucing yg sihat, pastikan tangan dah dicuci sebersih-bersihnya (gunakan Dettol)

Jika anda seorang yg sering menyelamatkan kucing terbiar, pastikan anda menyediakan ruang kuarantin bagi memastikan kucing tersebut tidak bergaul dengan kucing sedia ada (kuarantin sekurang-kurangnya 7 hari)

KESIMPULAN
=======================================

? PREVENTION IS BETTER THAN CURE

?VAKSINKAN kucing anda dengan lengkap

? Jika berkemampuan, simpanlah stok “Pets Territory: Regain” dirumah sebagai 1st Aid, tak rugi pun, nyawa lebih penting kan?

? Mungkin rawatan awal dengan Pets Territory: Regain mampu selamatkan nyawa kucing anda dari ancaman maut ParvoVirus.

Dapatkan Pets Territory: Regain di Geli Geli Kucing sekarang Kami boleh poskan sekiranya jauh. Kami juga ada sediakan Pet Taxi khas untuk membawa kucing ke klinik untuk divaksinkan. Jangan berkira, vaksinkan kucing anda. Sayangi nyawa mereka

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top