Tahukah anda, sama seperti kulit manusia, warna hitam pada bulu kucing juga adalah disebabkan oleh bawaan komponen genetik.. Untuk mengekalkan warnanya, kucing hitam perlu mendapatkan Tyrosine (asid amino) dlm jumlah yang mencukupi. Tanpa Tyrosine yang mencukup keperluan badan, warna hitam kucing akan makin luntur.
Salah satu tanda kekurangan Tyrosine bagi si bulus adalah kelunturan warna hitam sehingga menjadi warna keperangan (brownish). Ianya boleh dilihat apabila pigmentasi warna mula berubah dari hujung-hujung bulu.
Bagaimana saya nak “hitamkan” semula kucing saya?
Jangan risau, masih ada cara untuk anda hitamkan semula si comel anda..
Tambahkan nutrisi protein (daging) dalam diet harian mereka .Makanan bertaraf super-premium seperti Taste of The Wild (TOTW), Origen & Carnilove adalah contoh contoh makanan yang mengandungi kandungan daging yang tinggi. Ia juga dihasilkan tanpa penggunan pengawet sintentik, pewarna tiruan dan perasa tiruan. Disebabkan kandungan daging yang tinggi, si bulus anda juga akan lebih kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit .
INFO TAMBAHAN: Kadar serapan Tyrosine adalah berbeza bagi setiap kucing. Sila dapatkan nasihat veterinar jika perlu.
Untuk tips bulu sihat dan bersinar boleh tengok post kami yang lain di link ni ya!
https://geligelikucing.com/tips-bulu-kucing-panjang-lebat-dan-bersinar/
Credit: VET KNOW HOW https://www.vetknowhow.co.uk/…/why-is-my-black-cat…