Makanan Kucing : Wet food vs Dry food

Secara asasnya, makanan kucing terbahagi kepada dua jenis iaitu dry food dan wet food. Dan sangatlah susah untuk menjawab soalan ini sebab kedua-duanya mempunyai pro and cons yang tersendiri seperti yang ditunjukkan di dalam grafik di bawah!

wet food vs dry food for cat

“Makanan mana yang lagi baik? Wet food atau dry food ya?”

Jadi, dalam menentukan yang terbaik semuanya terpulang kepada catparents dan toleransi kucing terhadap makanan dan bahan yang di dalam makanan tersebut.. kan?

Tapi jangan risau.. catparents boleh jadikan grafik di atas sebagai panduan dalam memilih makanan yang terbaik untuk si bulus.

“Ada cara tertentu ke nak bagi makan si bulus ni? ke boleh bagi bila bila masa je?”

Secara asasnya ada beberapa teknik atau kaedah yang disarankan dalam memberi makanan kepada kucing. Tapi, semuanya terpulang kepada catparents masing masing nak menggunakan kaedah yang mana. Ataupun, sekiranya catparents mencuba satu kaedah tetapi tidak berjaya, mungkin catparents boleh adjust dengan campurkan kaedah kaedah tersebut mengikut kesesuaian.

Tiada istilah betul atau salah ya dalam aspek ini. Asalkan anak anak bulus selesa dan dapat menyesuaikan diri.. Jom kita tengok di bawah kaedah kaedah tersebut..

.

.

Kaedah terbaik untuk beri makanan kepada kucing

  • Mengikut masa
    Beri makan kepada si bulus pada waktu pagi dan petang
  • Free feeding
    Letak makanan dalam bekas, dan sentiasa refill apabila makanan tersebut habis. Cara ini membantu untuk mengelakkan si bulus daripada stress kerana kelaparan. Akan tetapi, cara ini juga perlukan pengawalan yang rapi supaya dapat mengelakkan si bulus daripada obesiti.
  • Portion control
    Catparents perlu membahagikan kuantiti makanan yang hendak diberikan kepada si bulus dalam masa sehari. Cara ini mungkin lebih rumit kerana perlunya kiraan kalori yang diperlukan bersesuaian dengan berat serta umur si bulus

NOTA KAKI

  1. Elakkan daripada mencampur makanan yang kering dan basah kerana ianya akan menyebabkan makanan lebih cepat rosak.
  2. Menurut Veterinar, makanan basah sebaiknya diberikan 1-2 kali seminggu.

Selamat mencuba!

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

0 thoughts on “Makanan Kucing : Wet food vs Dry food”

  1. Pingback: CARA BUAT 'WETFOOD' HOMEMADE - Geli Geli Kucing

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top